Sunday, 28 September 2014
Tuesday, 23 September 2014
RESEPI : MACARONI CHEESE DENGAN UDANG
MACARONI CHEESE WT PRAWN
Assalamualaikum... yeah.. ari ni dh berjaya try satu lagi resepi baru.. kombinasi dr beberapa resepi macaroni cheese dr beberapa blog. Menurut juri tetap... dia prefer Aglio Olio lg sbb dia x beberapa suka cheese... 😊 bagi cek OK jaaaa... so cheezy.
Bahan2: - utk 2 org mkn
100 gm makaroni (direbus dan di toskan)
10 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan dibelah belakang)
sedikit cendawan straw (dibelah 2)
1 cawan susu cair
1 cawan cheese cheddar
1 cawan mozzarella cheese
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu kecil mix herb
garam secukup rasa
Cara2 nya :
1. Cairkan butter dan masukkan tepung dan kacau sebati
2. Masukkan susu dan kacau sebati.
3. Masukkan udang dan cendawan.
4. Kacau sampai kuah pekat. Masukkan cheddar cheese.
5. Masukkan macaroni.Kacau sebati kemudian masukkan shredded mozarella cheese.
6. Perisakan dgn garam, mixed herb dan serbuk lada hitam secukup rasa.
7. Bila dah siap, boleh la dihidangkan dgn sedikit lada sulah. Hidangkan ketika masih panas.
Monday, 22 September 2014
RESIPI : AYAM MASAK CENDAWAN
AYAM MASAK CENDAWAN
Bahan:
300 gram isi ayam yg di potong kecil
2 sudu serbuk lada hitam yg kasar
1 sudu serbuk lada putih
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung jagung
1 biji ubi kentang yang di potong nipis dan di goreng sekejap.
1/2 biji capsicum
1 ulas bawang besar (holand)
3 ulas bawang putih
2 cm halia
5 cendawan shitake
sedikit sos tiram
sedikit daun bawang
Cara :
Perap potongan ayam dgn garam, sedikit lada putih(sulah), lada hitam dan kunyit. Perap selama 15 minit. Kemudian gaul bersama tepung jagung, gorengkan ayam sehingga masak dan asingkan.
Tumikan bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram. Kemudian masukkan sedikit air. Masak sehingga mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung utk pekatkn kuah, Masukkan ayam yg telah di goreng bersama bawang besar yg di potong dan ubi kentang. Masak sekejap.. kemudian masukkan cendawan dan akhir sekali masukkan capsicum yg di potong. Hiaskan dgn potongan daun bawang. Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Siap untuk di hidangkan...
RESEPI : KERABU SUHUN SEAFOOD
KERABU SUHUN SEAFOOD
Bahan-bahan
1 paket suhun diredam
10 ekor udang segar
5 ekor sotong segar
6 batang filamen ketam
1 biji cili merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit sos ikan dan sedikit sos sotong
3 labu bawang putih jeruk
air bawang jerut
2 biji limau dan ambil jusnya
seikat daun bawang
seikat daun ketumbar
1 bili tomato
Cara-cara
Rebus suhun sehingga lembut, toskan dan asingkan.
Rebus sotong, udang dan filamen ketam sehingga masak dan potongkan.Potong bawang merah, bawang putih, cili merah, daun bawang, daun ketumbar, bawang jeruk dan tomato. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, ajinomoto dan air bawang jeruk. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati. Sedia dihidangkan.
Throwback : bestfriend wedding
Masa kejadian adalah 30 dan 31hb ogos 2014, tp baru nk post... semoga pasangan sweet ini akan bahagia until jannah dan di kurniakan ramaiiiii zuriat.. Aamiin....
Hari akad nikah:
Alhamdulillah.. majlis akad nikah dan resepsi berjalan lancar... best sgt dpt jumpa kawan2 sekolah... di sebab kan aku sama sekolah dari tadika smpai sek menengah.. mmg ramai jgk la kawan2 dia kawan aku jgk... dan majlis turut di raikan oleh kawan UITM arau perlis sesi 1997/2000.. so i guess diorg pn ala2 buat reunion balik time kenduri ni...
May Allah bless u always my dear friend...
Hari akad nikah:
We are 79's...
Hari resepsi :
May Allah bless u always my dear friend...
Resepi : Ayam sweetsour (Masammanis)
Dah lama giler kottt rasanya x update blog..
So ari ni mgkin seru untuk update blog dh sampai... here we go... ari ni husband mcm nk selsema.. so rasa nk masak yg simple tp best utk husband... so punya la dok google finally i decided nk masak Ayam masam manis (sweetsour)... simple and sedap.. husband pn suka sgt...
Bahan-Bahan:
300g dada ayam, potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas, potong dadu (x letak pun)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
Untuk kuah:
panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.

Ayam masam manis

Saturday, 3 May 2014
IKAN BAKAR TELUK TEMPOYAK : ADNAN BIN HASSAN
Assalamualaikum... sebagai seorang yg suka makan.. suka untuk aku share pasal post kali ni... ADNAN BIN HASSAN IKAN BAKAR kt TELUK TEMPOYAK.
Sebenarnya dh lama dok dengar nama ikan bakar Telok Tempoyak ni... tp tak penah ada seru nk smpai.. tp sbb siang tadi Cikgu Artika dok promo betapa sedapnya ikan bakar kat situ, jadi kami suami isteri pn buat keputusan.. 'inilah dinner kami ari ni...' hihihihi
Perjalanan melalui Jambatan Sultan Abdul Halim amik masa dalam setengah jam ja... (rumah sewa kitorang kat Batu Kawan ja...)
Nak cari jalan tak susah sangat.... sebab ada satu simpang kiri ja pun sblm masuk.. itu pn dh ada signboard.. cuma kedudukan kedai makan agak jauh ke dalam sikit...
So sesampai kat sana... ok la.. mgkin sebab awal lagi orang tak ramai sangat lagi.... (just realized something, it's weekend!!!)
Satu perkara yang payah sikit sebab kedai ni ala2 food court, bkn kedai mkn...semua kena selfservice... dan setiap pemilik kedai adalah berbeza... jadi kena p cari la kita nk makan apa.... mlm ni sebab kami berdua saja, tak berani nak order banyak.. so menu kami mlm ni seperti berikut :
Nasi putih 2 x RM 1.00
Ikan siakap bakar 1 x RM 35 (harga semasa RM 30/kg)
Sayur Kailan Ikan masin 1 X RM 3.00
Kepah masak pedas 1 X RM 10.00
Air fresh orang 3 X 2.00
Total to pay : RM 56.00
Bagi aku harga mmg ok la...
Tapi biar aku highlight satu benda.... make sure kita tak p masa time betul- betul lapar, sebab tadi masa menunggu untuk ikan bakar mencecah satu jam..... walaupun kepah ngan sayur (serta air yang paling awal smpai).. tak leh makan lagi sebab nasi datang bersama ikan bakar.. dan kalau nasi dh ada pun takkan la nak makan dulu... nanti ikan bakar nk ratah je ke...? Atau mungkin sebab aku ngan suami pegi salah hari kot... lain kali nak try pegi time weekday pulak...
Tapi rasa ikan bakar mmg sgt fresh dan sedap!!! Kira rasa berbaloi jugak la buang masa lebih sejam kat situ........
Sebelum balik... amik pic suasana waktu mlm dari situ... yg nampak lampu tu adalah Jambatan Sultan Abdul Halim...

Paling awal sampai ke meja -fresh orange.. after 10 minutes waktu menunggu
Menu ke dua.. slps 15 minutes... encik Asrul tak sabar nk mkn kepah ni... his fav menu...
Menu ke 3...
Sblm baju di buka...
Taraaaa......
Yang ni kena tunggu sampai sejam... huhuhu.. di sajikan bersama air assm dan sambal kicap....
Nasi putih 2 x RM 1.00
Ikan siakap bakar 1 x RM 35 (harga semasa RM 30/kg)
Sayur Kailan Ikan masin 1 X RM 3.00
Kepah masak pedas 1 X RM 10.00
Air fresh orang 3 X 2.00
Total to pay : RM 56.00
Bagi aku harga mmg ok la...
Tapi biar aku highlight satu benda.... make sure kita tak p masa time betul- betul lapar, sebab tadi masa menunggu untuk ikan bakar mencecah satu jam..... walaupun kepah ngan sayur (serta air yang paling awal smpai).. tak leh makan lagi sebab nasi datang bersama ikan bakar.. dan kalau nasi dh ada pun takkan la nak makan dulu... nanti ikan bakar nk ratah je ke...? Atau mungkin sebab aku ngan suami pegi salah hari kot... lain kali nak try pegi time weekday pulak...
Tapi rasa ikan bakar mmg sgt fresh dan sedap!!! Kira rasa berbaloi jugak la buang masa lebih sejam kat situ........
Sebelum balik... amik pic suasana waktu mlm dari situ... yg nampak lampu tu adalah Jambatan Sultan Abdul Halim...
Subscribe to:
Posts (Atom)