Thursday, 9 July 2015

Isteri adalah amanah

Byk pulak cerita pasal kisah suami curang dlm fb dua tiga hari ni... 
Menyelami hati seorg wanita bernama isteri... terluka bkn kerana di duakan.. ttp kerana dikhianati.. 
Bkn menolak poligami, kalau 'mampu'.. silakan lah.. minta dgn isteri baik2.. fhmkn dia dan berlaku lah adil keatas keduanya..tp yg kita slalu baca adalah berlakunya penganiayaan dan ketidakadilan kepada mana2 pihak... sama ada isteri pertama atau kedua... 
Isteri adalah tanggungjwb & amanah suami.. dia tinggalkn kedua ibu bapa dan sanak saudara utk bersama suami..  jika ada kurangnya.. didiklah dan bimbinglah.. tunjukkn lah teladan yg baik.. sesungguhnya isteri adalah cerminan suami... jgn mncari yg sempurna.. sbb itu mustahil.. meski menambah koleksi isteri, blm tentu dpt menyempurnakn.. 
Tahukah suami bgmana isteri siang mlm berdoa utk kejayaan si suami.. sanggup berkongsi airmata di kala susah.. tp bila dh berada di zon selesa kenapa semudah itu melupakan segala pengorbanan isteri... tataplah wajah anak2.. betapa sanggup isteri bertarung nyawa untuk memberikan kamu zuriat... 
Sekiranya blm memiliki zuriat, kerahuilah.. dia lbh mendambakan tangisan bayinya lebih dari yang kau dambakan... bkn mudah menerima ujian yg satu ni.. tenangkanlah jiwanya... bisikkanlah kata2 hikmah di telinganya agar dia tahu Allah sygkan dia.. sbb tu Allah menguji hambaNya.. suami adalah sumber kekuatan isteri.... 
Tahukah anda wahai para suami... setiap rezeki yg diperolehi bkn lah hakmu mutlak... ada rezeki anak2 dan isteri kalian... jadi bila senang kenapa dengan mudah berpaling? 
Seseorg yg saya kategorikn sbg org yg berjaya pernah berpesan... kejatuhan seorg suami adalah bila dia mula menduakn isteri yg byk bkorban untuknya hingga dia berjaya... sbb itu walau bergelar jutawan, isterinya ttp satu.. 
Wallahu'alam

Monday, 4 May 2015

Cekodok Kopitiam Aloq Staq



Cekodok oh cekodok.. awat sedap sgt??? 😍

Tido mlm termimpi2 cekodok kopitiam tepi Ukir Mall Aloq Staq.. (over tahap gaban.....)



Mmg beratur la nak membeli cekodok idaman malaya nih!!



Friday, 3 April 2015

Resepi : Sambal daging simple dan sedap

Haiiii.... dh lama x masuk dapur.. so ari ni saka rajin merasuk dah.. disebabkan ari ni Jumaat.. so Encik Asrul Mohammad akan balik awal...

X de apa sgt dlm peti ais.. ada daging and ayam ja.. so decided nk masak daging masak sambal... so mcm biasa.. aku ni mmg suka merepek time masak... sesuka hati ja nk masuk apa... finally ini hasilnya.. husband ckp.. sedapppppp.... !!

Sambal Daging


300 gm daging yg di potong kecil
7 biji cili kering - rendam dan blender
Sebiji bawang besar - holand
3 ulas bawang putih
Satu inci halia 
sebatang serai di ketuk
1 helai daun pandan - diikat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
1 sudu  gula
minyak untuk menumis

Cara memasak ;
perapkn selama 15 minit daging bersama serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. 
Blender bawang besar, bawang putih dan halia.. asing kan..
panaskan minyak masak, masukkan serai dan daun pandan. Slpas 2 minit masukkan buah pelaga dan bunga lawang. Masukkn bawang yg diblender. Masak sehingga kekuningan @ kering air... masukkn cili yang di blender... bila dah pecah minyak.. masukkan perapan daging.. masukkan garam dan gula... biarkn sehingga kering... dan siap... 

Dan aku makan bersama nasi panas dan masak lemak labu campur peria.. sbb husben suka labu.. aku suka peria... hahaha... eksperimen... 



Sunday, 4 January 2015

Bakal 'Rumah ku syurga ku'

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... alhamdulillah... Alhamdulillah...

These few days I cannot deny how excited I was... (dan masih excited) bila cakapkn pasal rumah.. It's been a few years.. waiting to have our own house!! And finally on April 2014 secara rasminya kami dh dpt rumah idaman kami.. tp kena tunggu lg setahun setengah utk masuk... so x kisah lah.. at least dh ada...

Bila dah ada rumah ni, sementara tunggu nk siap.. mmg sgtttt lah excited dok pasang angan2 nk renovate rumah, nk deco rumah... so mmg blh dikatakan bila google tu byk pasal rumah.. Aku ni bkn pandai sgt..(actually x pndai langsung kottt) pasal seni hiasan rumah or seni hiasan laman.. failed! Luckily ada encik somi yg ada jg idea dok nasihat...
Ni rumah line depan yg dah hampir siap... rumah kitorang line kedua...

Pemandangan dari bilik tidur utama kami di tingkat atas

Tuan umah bawa cousin pusing2 tgk umah..Si cousin yg excited nk mai tgk sbb dia pun baru beli rumah.. tgh renovate la ni... 

Semoga Allah permudahkan urusan kami , murahkan rezeki kami dan bahagiakan kami dunia dan akhirat.. Amiin

Tuesday, 23 September 2014

RESEPI : MACARONI CHEESE DENGAN UDANG




MACARONI CHEESE WT PRAWN

Assalamualaikum... yeah.. ari ni dh berjaya try satu lagi resepi baru.. kombinasi dr beberapa resepi macaroni cheese dr beberapa blog. Menurut juri tetap... dia prefer Aglio Olio lg sbb dia x beberapa suka cheese... 😊 bagi cek OK jaaaa... so cheezy.

Bahan2: -  utk 2 org mkn

100 gm makaroni (direbus dan di toskan)
10 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan dibelah belakang)
sedikit cendawan straw (dibelah 2)
1 cawan susu cair
1 cawan cheese cheddar
1 cawan mozzarella cheese
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu kecil mix herb
garam secukup rasa


Cara2 nya :

1. Cairkan butter dan masukkan tepung dan kacau sebati
2. Masukkan susu dan kacau sebati.
3. Masukkan udang dan cendawan.
4. Kacau sampai kuah pekat. Masukkan cheddar cheese.
5. Masukkan macaroni.Kacau sebati kemudian masukkan shredded mozarella cheese.
6. Perisakan dgn garam, mixed herb dan serbuk lada hitam secukup rasa.
7. Bila dah siap, boleh la dihidangkan dgn sedikit lada sulah. Hidangkan ketika masih panas.

Monday, 22 September 2014

RESIPI : AYAM MASAK CENDAWAN


AYAM MASAK CENDAWAN






Bahan:

300 gram isi ayam yg di potong kecil
2 sudu serbuk lada hitam yg kasar
1 sudu serbuk lada putih
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung jagung
1 biji ubi kentang yang di potong nipis dan di goreng sekejap.
1/2 biji capsicum
1 ulas bawang besar (holand)
3 ulas bawang putih
2 cm halia
5 cendawan shitake
sedikit sos tiram
sedikit daun bawang

Cara :

Perap potongan ayam dgn garam, sedikit lada putih(sulah), lada hitam dan kunyit. Perap selama 15 minit. Kemudian gaul bersama tepung jagung, gorengkan ayam sehingga masak dan asingkan.

Tumikan bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram. Kemudian masukkan sedikit air. Masak sehingga mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung utk pekatkn kuah, Masukkan ayam yg telah di goreng bersama bawang besar yg di potong dan ubi kentang. Masak sekejap.. kemudian masukkan cendawan dan akhir sekali masukkan capsicum yg di potong. Hiaskan dgn potongan daun bawang. Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Siap untuk di hidangkan...





RESEPI : KERABU SUHUN SEAFOOD



KERABU SUHUN SEAFOOD

Bahan-bahan

1 paket suhun diredam 
10 ekor udang segar 
5 ekor sotong segar
6 batang filamen ketam
1 biji cili merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit sos ikan dan sedikit sos sotong
3 labu bawang putih jeruk
air bawang jerut
2 biji limau dan ambil jusnya
seikat daun bawang
seikat daun ketumbar
1 bili tomato 


Cara-cara

Rebus suhun sehingga lembut, toskan dan asingkan.

Rebus sotong, udang dan filamen ketam sehingga masak dan potongkan.Potong bawang merah, bawang putih, cili merah, daun bawang, daun ketumbar, bawang jeruk dan tomato. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, ajinomoto dan air bawang jeruk. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati. Sedia dihidangkan.

Throwback : bestfriend wedding

Masa kejadian adalah 30 dan 31hb ogos 2014, tp baru nk post... semoga pasangan sweet ini akan bahagia until jannah dan di kurniakan ramaiiiii zuriat.. Aamiin....

Hari akad nikah:

We are 79's... 


Hari resepsi : 










9





Alhamdulillah.. majlis akad nikah dan resepsi berjalan lancar... best sgt dpt jumpa kawan2 sekolah... di sebab kan aku sama sekolah dari tadika smpai sek menengah.. mmg ramai jgk la kawan2 dia kawan aku jgk... dan majlis turut di raikan oleh kawan UITM arau perlis sesi 1997/2000.. so i guess diorg pn ala2 buat reunion balik time kenduri ni...

May Allah bless u always my dear friend...

Resepi : Ayam sweetsour (Masammanis)

Dah lama giler kottt rasanya x update blog..
 So ari ni mgkin seru untuk update blog dh sampai... here we go... ari ni husband mcm nk selsema.. so rasa nk masak yg simple tp best utk husband... so punya la dok google finally i decided nk masak Ayam masam manis (sweetsour)... simple and sedap.. husband pn suka sgt...




Ayam masam manis

Bahan-Bahan:
300g dada ayam, potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas, potong dadu (x letak pun)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:
Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.

Untuk kuah:
panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.

Saturday, 3 May 2014

IKAN BAKAR TELUK TEMPOYAK : ADNAN BIN HASSAN

Assalamualaikum... sebagai seorang yg suka makan.. suka untuk aku share pasal post kali ni... ADNAN BIN HASSAN IKAN BAKAR kt TELUK TEMPOYAK.

Sebenarnya dh lama dok dengar nama ikan bakar Telok Tempoyak ni... tp tak penah ada seru nk smpai.. tp sbb siang tadi Cikgu Artika dok promo betapa sedapnya ikan bakar kat situ, jadi kami suami isteri pn buat keputusan.. 'inilah dinner kami ari ni...' hihihihi

Perjalanan melalui Jambatan Sultan Abdul Halim amik masa dalam setengah jam ja... (rumah sewa kitorang kat Batu Kawan ja...)

Nak cari jalan tak susah sangat.... sebab ada satu simpang kiri ja pun sblm masuk.. itu pn dh ada signboard.. cuma kedudukan kedai makan agak jauh ke dalam sikit...
So sesampai kat sana... ok la.. mgkin sebab awal lagi orang tak ramai sangat lagi.... (just realized something, it's weekend!!!)

Satu perkara yang payah sikit sebab kedai ni ala2 food court, bkn kedai mkn...semua kena selfservice... dan setiap pemilik kedai adalah berbeza... jadi kena p cari la kita nk makan apa.... mlm ni sebab kami berdua saja, tak berani nak order banyak.. so menu kami mlm ni seperti berikut :
Paling awal sampai ke meja -fresh orange.. after 10 minutes waktu menunggu

Menu ke dua.. slps 15 minutes... encik Asrul tak sabar nk mkn kepah ni... his fav menu... 
Menu ke 3... 
Sblm baju di buka...
 Taraaaa......
Yang ni kena tunggu sampai sejam... huhuhu.. di sajikan bersama air assm dan sambal kicap....

Nasi putih 2 x RM 1.00
Ikan siakap bakar 1 x RM 35 (harga semasa RM 30/kg)
Sayur Kailan Ikan masin 1 X RM 3.00
Kepah masak pedas 1 X RM 10.00
Air fresh orang 3 X 2.00

Total to pay : RM 56.00

Bagi aku harga mmg ok la...

Tapi biar aku highlight satu benda.... make sure kita tak p masa time betul- betul lapar, sebab tadi masa menunggu untuk ikan bakar mencecah satu jam..... walaupun kepah ngan sayur (serta air yang paling awal smpai).. tak leh makan lagi sebab nasi datang bersama ikan bakar.. dan kalau nasi dh ada pun takkan la nak makan dulu... nanti ikan bakar nk ratah je ke...? Atau mungkin sebab aku ngan suami pegi salah hari kot... lain kali nak try pegi time weekday pulak...

Tapi rasa ikan bakar mmg sgt fresh dan sedap!!! Kira rasa berbaloi jugak la buang masa lebih sejam kat situ........

Sebelum balik... amik pic suasana waktu mlm dari situ... yg nampak lampu tu adalah Jambatan Sultan Abdul Halim...


Wednesday, 23 April 2014

Cerita cuti penggal 1 sekolah 2014

Assalamualaikum...


Dh jd rutin utk encik somi utk balik kg during school holiday... so jom layan the colourful of school holiday kali ni... it's just kali ni lain sket sbb i bawa skali my puan bonda together.. sbb ngam ngam Ahad minggu ni cousin puan bonda kenduri kat Kelantan area Salor...


Lok cheng @ Bukit Bunga... the taste is not bad... tp tak leh lawan lok cheng Rantau Panjang



Malam tu nk temukan puan bonda ngan sedara maranya di Wakaf Che Yeh... aku pun dh bertahun-tahun tak sampai sini...So enjoy jgk la... 






Ini lah salah sorang adinda puan bonda.. ni lah mak teh saya... she's so similar wt my puan bonda..


ON DA WEDDING DAY.... 

Ini lah cousin puan bonda.. susah jgk bila mak kita ada cousin2 yg kecik dr kita.. what to call them.. sometime they call me kakak ok... but they are my pak ciks and mak ciks kot.. 😆

Lepas mkn kenduri jd tour guide sat sbb driver bas tak familiar sgt jln nk p Pasar Siti Khadijah... Sini pn dh lama sgt aku tak jejak... another enjoy time... enjoy tahap gaban tgk kain pasang yg cantik2 gilerrr... harga pn boleh tahan laaaaaaaaaa...
Inilah pelancong tempatan.. eksen mcm org luaq plak... actually dia sndiri pn jarang sgt smpai sini walau dia purely ore klate.... hensem kan??? 😍

Test baju uniform utk hari Khamis... tp FYI dia tak beli pun..

Antara cousin mak yg panggil cek kak Atun... nampak bodyguard dia posing camne... ko ada???
Another posing maut from anak dia... yg dpn tu mak cik kot sbb dia ada adik lagi... all is my mak ciks ok.....
Itu lah antara kenangan dgn sedara2 rombobgan dari Pahang (lupa nk inform, depa mai sebijik bas oooo...)

Ok.. cerita keesokan harinya.. time utk berpoya2 ngan keluarga encik somi.. Time berpoya2 bersama keluarga di Kota Bharu.. Plannya nak p KBMall ja... sbb nk beli barang dapur and utk masak ni....

seriously.. i luv this pic.. A lot... sebab Si Amzar punya senyuman tu... korang nk tahu budak kecik ni susah betul nk senyum.. tp kalau dh senyum.. maneh melecaih... 💝 UPIN IPIN
Sekejap ja dok main dlm keta.. dia tidoooo... zzzzzzzz (si baju biru tu abg dia.. dok layan adik tidoq)
Acara makan tengahari kat Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu... my very first time.. komen pasal tmpt makan yg agak tersohor ni... erm.. x best pn... baru kul 1.00.. lauk dah abis... huhuhu... so sapa nk mai... kena awal skit...
Nyenyak tul dia tidoq.. smpai ayahngah dukung pun x sedaq......

Turn abg plak tidooooooooooooooo.. sama ja pesen.. langsung x sedaq walau beralih2 pendukung... feeling luvly tgk gambaq ni... harap2 ada chance nk bermanja2 ngan anak sendiri.. Amiin...

Singgah sat kat Pusat Kraftangan tepi nasi lemak cikgu.. Nampak punya nyenyak abg long Ammar tidoq...?
Kat sini sempat jgk la beli satu barang hiasan untuk umah baru.... hihihi...

MINGGU CUTI TERAKHIR... ROMBONGAN MENGANTAQ ADIK IPAQ NURHAFIZA KE PAKA, TERENGGANU.

Another my very first time at Ganu.. ni pic first step... singgah sarapan kt kedai mkn seketika masuk ke negeri Terengganu...

Pintu gerbang SELAMAT DATANG KE TERENGGANU dekat ngan kedai makan yg kitorg singgah sarapan...

After 5 hours akhirnya kami smpai kat sini..... PAKA, Terengganu... satu pekan kecik dekat ngan Dungun..

Sampai2 je terus p pantai dulu... berposing punya posing.... smpai beg tertinggal kat atas meja kedai tak berpenghuni.... ni la gambar kenangan terakhir bersama 'arwah' beg buruk kesayangan....



Pic ni encik husband yg amik... bendera kat Masjid Paka... koyak2 oooo..  kena tiup angin kuat dgt kot.....

selepas selesai antaq budak pompuan kecik tu ke Paka, kitorg terus kan perjalanan ke FELDA MENGKUANG, Pahang... perjalanan dalam masa 3 jam jgk la.. hampir kematu jgk la punggung kitorg dok ataih keta... actually plannya nk p amik puan bonda yg ikut rombongan balik dr kelantan ari tu.... tapi puan bonda dah ikut adik2nya yg mai dari KEDAH... so mai makan kenduri je lah.. masa smpai tu dlm pukul 7.00 mlm.. kenduri la sgt kan... tp makan mmg terbaikkkkkkk... sedap...
Ini puan Along, another cousin mak... kitorg same age... kitorg last jumpa masa kenduri kawin dia... she got five daughters dah... produktif betoi.... hihihi...

Perjalanan di teruskan ke RAUB plak.. umah adik ipaq encem, encik Asri Mohammad.. depa dok kat quarters guru batu talam... Penat gilos perjalanan dr awal pagi.. jln beratus2 kilometer kot........ Kitorg tidoq kt sini ler.. save budget...

Kitorg actually plan nk p Cameron Highlands.. sbb adik ipar puan Mazlin Mohammad (ummi Ammar dan Amzar) and family dh tunggu kt sana...

Suasana pagi sblm bertolak ke Cameron Highlands...
Two generation... Abah and anak sulung lelaki yg amat cumilz....
Tok ma bersama si Zara.. the little angle

Kita sarapan dulu.. kedai mkn tepi sungai.... sedap mkn kt sini...
Ini kerja encik husband... p beli durian plakkkkkk...

Encik Asri and his mom...

Baju merah tu ler 'biras' cek.. LadyAsri, Puan Azie

perjalan ke Cameron di teruskan...  But dekat nk sampai ada budak berak plak.... Abg Zahin....

sementara nk tunggu Abg Zahin settle.... kita posing dulu.......




KAMI DAH SAMPAI CAMERON HIGHLANDS...








"Mak ngah.. i think u need my help to put all the stuffs in this bakul..." ngeh ngeh ngeh... sooooo cite la this anak dara....
This is ayahngah and mr Zahin

Kt sini baru lah jumpa lagi satu 'team'... puan Mazlin's family... Raju Farm.. tp kami p berjumpa ja sbb mcm tak dak xtvt yg blh kami buat kt sana....

Ini lah pn Mazlin Mohammad and Mr Amru

The super cute nephew.. Encik Ahmad Amzar bin Amru
My sweetheart wt his mom.... mcm pegawai quality assurance oooo..
Wanita2 kesayangan encik Asrul Mohammad.. hik hik hik

Buat perangai sket....... terasa jiwa muda ja... kih kih kih
This is buah teh... just realized teh pn ada buah, i thought only daun..

So lps tu kitorg berpecah balik ke haluan masing2.. Mazlin bawa kedua mertua balik Kelantan, encik Asri balik ke Raub... dan kitorg yg last bertolak balik... sbb jln jem terok sbb ada projek menaiktaraf jln sdg dilakukan...

Tired but really enjoy the moment...