Showing posts with label atunz razak's kitchen. Show all posts
Showing posts with label atunz razak's kitchen. Show all posts

Friday, 3 April 2015

Resepi : Sambal daging simple dan sedap

Haiiii.... dh lama x masuk dapur.. so ari ni saka rajin merasuk dah.. disebabkan ari ni Jumaat.. so Encik Asrul Mohammad akan balik awal...

X de apa sgt dlm peti ais.. ada daging and ayam ja.. so decided nk masak daging masak sambal... so mcm biasa.. aku ni mmg suka merepek time masak... sesuka hati ja nk masuk apa... finally ini hasilnya.. husband ckp.. sedapppppp.... !!

Sambal Daging


300 gm daging yg di potong kecil
7 biji cili kering - rendam dan blender
Sebiji bawang besar - holand
3 ulas bawang putih
Satu inci halia 
sebatang serai di ketuk
1 helai daun pandan - diikat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
1 sudu  gula
minyak untuk menumis

Cara memasak ;
perapkn selama 15 minit daging bersama serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. 
Blender bawang besar, bawang putih dan halia.. asing kan..
panaskan minyak masak, masukkan serai dan daun pandan. Slpas 2 minit masukkan buah pelaga dan bunga lawang. Masukkn bawang yg diblender. Masak sehingga kekuningan @ kering air... masukkn cili yang di blender... bila dah pecah minyak.. masukkan perapan daging.. masukkan garam dan gula... biarkn sehingga kering... dan siap... 

Dan aku makan bersama nasi panas dan masak lemak labu campur peria.. sbb husben suka labu.. aku suka peria... hahaha... eksperimen...