Showing posts with label slanga. Show all posts
Showing posts with label slanga. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

Loghat Utara Oh Loghat Utara



 Aku adalah originally born di utara.. so sesuatu yang menjadi amalan harian or rutin, so kita tidak akan perasan akan cacat cela tentang penggunaan bahasa kita, sehinggalah diberitahu...

Pada masa kecik, aku slalu dok pikir, bahasa yang aku guna is the best, sebab kalau Terengganu, kena tambah huruf 'G' kt belakang: Makan > Makang.. so it's so weird, kalau klate lagi la.. semua tukar jd 'e' eg : Makan > Make, sampai sometimes don't know how to pronounce.. even KL pn sebutan huruf 'A' akan jadi 'E' : Saya > saye. So bahasa utara ni palin teruk pn penyebutan huruf Q adalah tinggi, contoh Air > Ayaq..

Until sampai kat U, aku masuk kelas bahasa, prof ada inform, orang utara bagi 'G' kat orang Terengganu, so aku macam pelik jugak ar... lepas tu lepas prof bagi contoh: Kuning > kunin, bila prof sebut baru aku perasan... BETULLAH.... hahahahahah.. aku pernah dengar ayah aku guna bahasa macam tu... then i realize, ooo... bahasa utara pn pelik jugak... hahahahah...

Bila aku married to encik Asrul bin Mohammad, origin Klate.. aku ceritakan apa yang aku pikir masa kecik and kenyataan yang aku tahu masaa  kat U.. sampai hari ni dia dok perli.. 'ada orang selalu perasan bahasa yang dia guna adalah yang paling betul compared to others... '

And the best part sampai aku rasa aku perlu highlightkan isu ni kat blog ni sebab dia dah detected banyak lagi keunikan bahasa utara yang memang aku tak pernah perasan..

LICIN > LINCIN
MENTAH > MANTAH
POKET > PAKET 

Biasanya dia detected bila dengar ibubapa mertua dia sebut la... sebab wife dia ni dah kurang pekat sangat.. ye lah.. dah bercampur dengan pelbagai bahasa kan.... hehehehheheh

So korang, tak payah la dok complain pasal peliknya bahasa orang lain sebab setiap bahasa ada keunikan tersendiri.. berbanggalah sengan slanga dan loghat bahasa kita sendiri...

BERBANGGA  MENJADI WARGA UTARA...