Monday, 4 May 2015

Cekodok Kopitiam Aloq Staq



Cekodok oh cekodok.. awat sedap sgt??? 😍

Tido mlm termimpi2 cekodok kopitiam tepi Ukir Mall Aloq Staq.. (over tahap gaban.....)



Mmg beratur la nak membeli cekodok idaman malaya nih!!



Friday, 3 April 2015

Resepi : Sambal daging simple dan sedap

Haiiii.... dh lama x masuk dapur.. so ari ni saka rajin merasuk dah.. disebabkan ari ni Jumaat.. so Encik Asrul Mohammad akan balik awal...

X de apa sgt dlm peti ais.. ada daging and ayam ja.. so decided nk masak daging masak sambal... so mcm biasa.. aku ni mmg suka merepek time masak... sesuka hati ja nk masuk apa... finally ini hasilnya.. husband ckp.. sedapppppp.... !!

Sambal Daging


300 gm daging yg di potong kecil
7 biji cili kering - rendam dan blender
Sebiji bawang besar - holand
3 ulas bawang putih
Satu inci halia 
sebatang serai di ketuk
1 helai daun pandan - diikat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
1 sudu  gula
minyak untuk menumis

Cara memasak ;
perapkn selama 15 minit daging bersama serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. 
Blender bawang besar, bawang putih dan halia.. asing kan..
panaskan minyak masak, masukkan serai dan daun pandan. Slpas 2 minit masukkan buah pelaga dan bunga lawang. Masukkn bawang yg diblender. Masak sehingga kekuningan @ kering air... masukkn cili yang di blender... bila dah pecah minyak.. masukkan perapan daging.. masukkan garam dan gula... biarkn sehingga kering... dan siap... 

Dan aku makan bersama nasi panas dan masak lemak labu campur peria.. sbb husben suka labu.. aku suka peria... hahaha... eksperimen... 



Sunday, 4 January 2015

Bakal 'Rumah ku syurga ku'

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... alhamdulillah... Alhamdulillah...

These few days I cannot deny how excited I was... (dan masih excited) bila cakapkn pasal rumah.. It's been a few years.. waiting to have our own house!! And finally on April 2014 secara rasminya kami dh dpt rumah idaman kami.. tp kena tunggu lg setahun setengah utk masuk... so x kisah lah.. at least dh ada...

Bila dah ada rumah ni, sementara tunggu nk siap.. mmg sgtttt lah excited dok pasang angan2 nk renovate rumah, nk deco rumah... so mmg blh dikatakan bila google tu byk pasal rumah.. Aku ni bkn pandai sgt..(actually x pndai langsung kottt) pasal seni hiasan rumah or seni hiasan laman.. failed! Luckily ada encik somi yg ada jg idea dok nasihat...
Ni rumah line depan yg dah hampir siap... rumah kitorang line kedua...

Pemandangan dari bilik tidur utama kami di tingkat atas

Tuan umah bawa cousin pusing2 tgk umah..Si cousin yg excited nk mai tgk sbb dia pun baru beli rumah.. tgh renovate la ni... 

Semoga Allah permudahkan urusan kami , murahkan rezeki kami dan bahagiakan kami dunia dan akhirat.. Amiin

Tuesday, 23 September 2014

RESEPI : MACARONI CHEESE DENGAN UDANG




MACARONI CHEESE WT PRAWN

Assalamualaikum... yeah.. ari ni dh berjaya try satu lagi resepi baru.. kombinasi dr beberapa resepi macaroni cheese dr beberapa blog. Menurut juri tetap... dia prefer Aglio Olio lg sbb dia x beberapa suka cheese... 😊 bagi cek OK jaaaa... so cheezy.

Bahan2: -  utk 2 org mkn

100 gm makaroni (direbus dan di toskan)
10 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan dibelah belakang)
sedikit cendawan straw (dibelah 2)
1 cawan susu cair
1 cawan cheese cheddar
1 cawan mozzarella cheese
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu kecil mix herb
garam secukup rasa


Cara2 nya :

1. Cairkan butter dan masukkan tepung dan kacau sebati
2. Masukkan susu dan kacau sebati.
3. Masukkan udang dan cendawan.
4. Kacau sampai kuah pekat. Masukkan cheddar cheese.
5. Masukkan macaroni.Kacau sebati kemudian masukkan shredded mozarella cheese.
6. Perisakan dgn garam, mixed herb dan serbuk lada hitam secukup rasa.
7. Bila dah siap, boleh la dihidangkan dgn sedikit lada sulah. Hidangkan ketika masih panas.

Monday, 22 September 2014

RESIPI : AYAM MASAK CENDAWAN


AYAM MASAK CENDAWAN






Bahan:

300 gram isi ayam yg di potong kecil
2 sudu serbuk lada hitam yg kasar
1 sudu serbuk lada putih
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung jagung
1 biji ubi kentang yang di potong nipis dan di goreng sekejap.
1/2 biji capsicum
1 ulas bawang besar (holand)
3 ulas bawang putih
2 cm halia
5 cendawan shitake
sedikit sos tiram
sedikit daun bawang

Cara :

Perap potongan ayam dgn garam, sedikit lada putih(sulah), lada hitam dan kunyit. Perap selama 15 minit. Kemudian gaul bersama tepung jagung, gorengkan ayam sehingga masak dan asingkan.

Tumikan bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram. Kemudian masukkan sedikit air. Masak sehingga mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung utk pekatkn kuah, Masukkan ayam yg telah di goreng bersama bawang besar yg di potong dan ubi kentang. Masak sekejap.. kemudian masukkan cendawan dan akhir sekali masukkan capsicum yg di potong. Hiaskan dgn potongan daun bawang. Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Siap untuk di hidangkan...





RESEPI : KERABU SUHUN SEAFOOD



KERABU SUHUN SEAFOOD

Bahan-bahan

1 paket suhun diredam 
10 ekor udang segar 
5 ekor sotong segar
6 batang filamen ketam
1 biji cili merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit sos ikan dan sedikit sos sotong
3 labu bawang putih jeruk
air bawang jerut
2 biji limau dan ambil jusnya
seikat daun bawang
seikat daun ketumbar
1 bili tomato 


Cara-cara

Rebus suhun sehingga lembut, toskan dan asingkan.

Rebus sotong, udang dan filamen ketam sehingga masak dan potongkan.Potong bawang merah, bawang putih, cili merah, daun bawang, daun ketumbar, bawang jeruk dan tomato. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, ajinomoto dan air bawang jeruk. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati. Sedia dihidangkan.